Khamis, 22 Januari 2015

fathan masuk pra di ittihadiah

Fathan sudah mula serasi dengan sekolah malah anak ketiga ini lebih cepat berbanding dengan kakak dan abangnya.

Isnin, 27 Oktober 2014

Fathan terkejut "TERminum air"

Fathan tak pandai berenang tetapi bersemangat nak turun dalam kolam renang. Inilah ulasan abi terhadap Fathan. Abi terpaksa benarkan Fathan nak main air. Ketika ini abang Tah dan kakak Fatihah sedang bersama program "Sukaneka Hari Keluarga SMKKL" ... Fathan, ketika dalam kolam rasa pening. "Rasa pening" ini diceritakan semula oleh Fathan setelah kembali ke tempat menginap. Tadi, Fathan terteguk air kolam renang. Nasib baik abi cepat-cepat pegang bahu Fathan dan mengangkat ke tebing kolam. Selamat Fathan. Alhamdulillah.
Ahmad Fathan Jundullah bersama Ahmad Fahmi adik Ahmad Firdaus [ insyaALLAH Engineer Firdaus nanti ] anak kawan mama di SMKKL.

Sabtu, 22 September 2012

Jundulah demam

Fathan tak sihat lagi, malam tadi muntah

Fathan tidur dalam ' sarang ' / kelambunya
Ke Klinik Ziad

Kanak-kanak akan jadi cepat kurus bila muntah-muntah dan buang air

Selasa, 11 September 2012

Makanan Segera



Fathan Jundullah yang berumur tiga tahun. Tubuhnya agak 'kasar' berbanding dengan yang lain. Itu jawapan mudah terhadap sifatnya yang suka makan.  Walau bagaimana pun kita kena hati-hati dengan makanan yang disukai kanak-kanak. 

Saya selalu berpesan kepada mamanya "jangan bagi makanan segera". Namun, terlepas juga dari kawalan.  Akhirnya dapat juga Fathan merasai makanan segera itu.  Makanan segera ini isunya banyak buruk dari baik walaupun sedap.



Khamis, 30 Ogos 2012

Pembinaan generasi


Abang Tah, abang Tah  " sayang " adik Tah.  Cium pipi adalah " sayang "  dan tanda sayang.  Susah Fathan bila abang Tah pegang. Saya ajarkan Fathi / abang Tah supaya bergurau "  sayang " Fathi untuk kemesraan adik beradik.   

Jundullah, kena sihat gagah untuk hidup dalam dunia moden sekarang.

Telah berumur 3 tahun

Isnin, 2 Mei 2011

Fathan...sedang membesar

Ahmad Fathan Jundullah

Fathan berumur dua tahun.

Nampak susuk tubuhnya lebih besar dari abangnya Ahmad Fathi Rabbani. Syukur pada Allah dengan anugerah ini.

Masa depan, hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Semua ibu bapa mempunyai harapan terhadap anaknya. Semua ibu bapa memberi yang terbaik terhadap anaknya.

Hidup dikelilingi suasana yang mencabar. Dari kecil anak-anak terdedah dengan perkara-perkara penderhakaan kepada Allah. Mendedah aurat dimana saja. Anak-anak melihat kemungkaran dari kecil lagi.

Tunggu sehingga umur berapa baru mereka faham bahawa mendedah aurat adalah dosa dan neraka kesudahannya. Masyarakat hari ini berbangga dengan dedah aurat.



Saya mengambil sikap yang tegas terhadap anak lelaki, Fathi dan Fathan dengan mendidik supaya mereka memakai 'ppiah' diatas kepala mereka. Bukalah saya tidak menerima 'keterbukaan'.

Hukumnya jelas, memakai kupiah bukannya wajib. Tetapi saya mencongak bahawa memakai kupiah adalah suatu pengawalan bagi diri saya untuk mengelakkan kemungkaran dalam diri. Tidak dinafikan bahawa 'hati' adalah segalanya.

Harapnya 'hati' membenci kemungkaran dan maksiat zahir dan batin sepanjang hidup. Oleh yang demikian saya 'memberati' budak-budak ini supaya memakai kupiah jika ingin keluar dari rumah walau untuk kemana. InsyaAllah